Wednesday, January 31, 2007

Sajak 2: Seorang teman yang telah berpisah dengan kawan karibnya

Y Teman, kau selalu ku ingati Y

Teman
Kau bagaikan ulat bulu berganti rupa
Kau berubah hati bermuka dua
Kau pergi dari hidupku buat selama-lamanya
Kau bukan teman yang ku kenali dahulu kala

Teman
Sayang sekali kami putuskan persahabatan
Seperti isi dengan kuku pernah ku idamkan
Alangkah bahagianya jika hubungan kami berkekalan
Namun apakan daya, kami merancang tuhan menentukan

Teman
Walaupun dua tahun sudah berlalu
Detik tidak dapat mengubati hatiku
Pasrah sedih marah menyelimuti aku
Aduh! Pahit sungguh kejadian itu

Teman
Lapan tahun kami berakan
Tidak akan ku lupakan
Kenangan manis atau pun pahit seakan-akan
Tidak akan ku pudarkan

Teman
Tarikh ini meningkatkan kematangan mu
Aku berharap kamu mengerti lakuan mu
Semalam atau niari, kamu sandarkan
Sedar lah sebelum kamu disedarkan

Teman
Aku ingin kami bermesra seperti bertahun-tahun yang lalu
Namun apakah daya, aku seorang insan yang biasa seperti mu
Aku tidak dapat menukarkan fikiran mu itu
Namun aku masih berdaya untuk berdoa untuk mu


Teman
Aku memahami apa yang dilalui mu
Aku berharap kamu meneruskan kehidupan mu
Dengan ketenangan dan harapan yang baru
Aku masih berada di sisi mu

Teman
Ini luahan hati ikhlas dari ku
Bukan ku enggan membantu mu bila kamu buntu
Tapi keberanian ku telah lari dariku
Bimbang disingkir dicaci oleh mu

Teman
Alangkah indahnya jika kamu membaca ini
Alangkah indahnya jika kamu berubah hati
Alangkah indahnya jika kamu kembali bersama ku kini
Alangkah indahnya jika kamu dapat menerima ku kembali

Teman
Sayang seribu kali sayang
Fikrah ku kata kami tidak boleh seperti dahulu kala
Kami dengan haluan sendiri sekarang
Hati kami berdua telah berubah juga

Teman
Walaupun kamu tidak bersama dengan aku
Kamu tetap menjadi satu bahagian dari kehidupan ku
Akan ku doa atas kebahagian mu
Yang dicari selama ini wahai teman ku...

Sunday, January 21, 2007

Skrip (1): ToLOnG...

Satu hari, seorang Mat Pizza (MP) kembali ke rumah pelanggannya, Cik Temah (CT) yang berumur untuk mencari kunci rumahnya yang hilang.

MP: Cik, Cik ada lihat kunci rumah saya tak? Semalam saya hantar pizza ke rumah Cik sahaja. Balik rumah, kunci saya tidak kelihatan.

CT: Iyakah nak? Hilang di mana?...

MP: Hilang di sini agaknya Cik. Cik boleh tolong tak?

CT: Hilang?... Macam mana boleh hilang?...

MP: Tercicir agaknya Cik. Kocek berlubanglah Cik.

CT: Lubang?..Kocek mane?..Seluar ke baju?...

MP: Lubang di kocek seluar agaknya,Cik. Cik nampak ke tidak kunci saya itu?

CT: Kocek sebelah mana?...Kiri ke kanan?...

MP: Adui... Mak Cik...Kiri ke kanan kan sama sahaja. Kunci saya DAH PUN tercicir...Cik nampak ke tidak? Adui...

CT: Cicir? Cicir di mana?...

MP: MAKCIK, saya minta tolong Cik untuk carikan kunci saya di sini...TERCICIR di sini, semalam agaknya... Boleh tolong ke tak ni?

CT: Tolong?... Kan Cik sedang tolong ni...

MP: Tolong apanya Cik??!? Tolong-menolong?

CT: Tolong...tolong TANYA....

MP: ADUI!!!!!!!!!

Syair (1): Banjir

Hujan turun dengan lebatnya
Orang mengerti tibalah bencana
Mereka memahami pasti ada kehilangannya
Tempat pendiaman atau sanak saudara


Penuh kerusuhan air bah melanda
Pemindahan terpaksa diadakan
Banyak pendiaman telah terjejas
Semua mangsa berdoa agar selamat


Hari demi hari orang terkorban meningkat
Kurang bantuan ramai ketakutan
Mengapa tidak datuk jutaan
Menghulurkan tangan tanda kasihan


Janganlah kita bernikdap sahaja
Memberi pertolongan dibalas dengan pahala
Mereka tersenyum alamat bersyukur
Mereka bahagia kita juga turut

Monday, January 15, 2007

Sajak (1): Mengenai seorang lelaki,ahli muzik ingin memikat hati seorang wanita yang kaya. Tetapi dihalang oleh ibu wanita itu.

Apakah salahku


Apakah salahku
Apakah salahku menyintai anakmu
Apakah salahku berkorban demi anakmu
Salahkah jika ku menyintai anakmu,
Bagai rama-rama berterbang kebebasan

Apakah salahku
Hingga kamu menghina tidak mengikut masa
Hatiku berkecai berderai mendengar kata-katamu
Berdesing sungguh telinga ku dibuat
Kata-kata mu pedas tidak seperti derawa,
Manislah rasanya senanglah dengarannya

Tidak ku jejak dalam dunia bermukah
Tidak ku jejak dalam dunia kebencian
Tidak ku jejak dalam dunia kedendaman
Tidak ku putus asa dalam percintaanku
Kenapa enggan melepaskan anak mu
Apakah salahku

Perlukah bahagiakan anak mu dengan darham
Ahli muzik bukan perkerjaan haram
Jangan sekali memandang rendah terhadap aku
Aku bukan peteras mahupun petentengan
Akan ku mencuri hati anak mu jua
Tiada salahku..

Pembukaan

Anak kecil dipatuk ular berbisa,

Enggan endah nasihat ibunya.

Saya seorang insan biasa,

Salah silap maafkanlah saya.


Terima kasih kerana menjenguk blogspot ini,

Hendak berikan komen silakan sahaja.

Walaupun ia sesuatu yang negatif,

Akan saya terimanya dengan hati terbuka.