Saturday, February 3, 2007

Sajak 3: Ibu ku tersayang..

Ibu
Kamulah ratu hatiku
Kamulah yang membelai aku
Kamulah yang mendidik aku
Kamulah yang menyayangi aku

Ibu
Kamu telah berkerja keras untuk menyara keluargamu
Kamu telah berkorban demi keluargamu
Kamu sanggup menyekang mata kerana keluargamu
Kamu sanggup melakukan pelbagai kerja bagi keluargamu

Ibu
Kamu aku amat hargai
Jasamu tidak terhenti-henti
Jasamu tidak akan ku lupai
Akan ku balas jasamu nanti

Ibu
Ampunilah dosa ku
Atas kekasar bahasa dengan mu
Aku sedar akan kesilapan aku
Maafkanlah ku wahai ibuku

Ibu
Aku berikrar tidak akan mengguris hatimu
Aku berikrar akan membantu mu

Ibu
Kamulah ratu hatiku
Kamulah Nur padaku
Kamulah yang menerangi zahir dan batinku

Ibu
Aku hampir kehilangan mu dahulu
Aku menangis berteriak bagai bayi meminta susu
Aku masih memerlukan kamu di sisi aku

Ibu
Aku berdoa pada Allah yang maha berkuasa
Aku berdoa agar ibu dipulihkannya
Aku berdoa agar kami sihat senantiasa

Ibu
Allah telah pun mengabulkan doaku
Kamu berjaya melawan penyakit yang tidak dikenali itu
Kini kamu kembali segar dan tidak layu

Ya Allah, jauhilah penyakit dari ibuku
Ya Allah, jauhilah 'perbuatan' orang dari ibuku
Ya Allah, dekatkanlah kesihatan dengan ibuku
Ya Allah, dekatkanlah rezeki mu dengan ibuku