Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Tiba

Bila Ramadan sudah tiba,
Hatiku sungguh berdebar.
Menghadapi segala dugaan,
Yang ditentukan Tuhan.

Bulan Ramadan bulan yang ke Sembilan,
Dalam kalender Islam Al-Quran diturunkan.
Ini semua engkau tak ambil peduli,
Apa yang engkau pasti juga tahun ini.
Kita puasa sebulan lagi,
Fakta-fakta yang lain engkau tolak tepi.

Bulan Ramadan bulan barakah,
Adakah bilakah engkau ambil endah.
Lapar dan haus engkau ingat sahaja,
Dahagakan pahala engkau lupa.

Puasa amalan yang tinggi,
Mari dekatkan diri.
Pada Allah yang Esa,
Ia penghapus dosa.

Syaitan semua sudah kena serkup,
Kenapa manusia pula nak mengikut.
Perangai mereka sampai buka periuk,
Itu ialah puasa yok-yok.

Pintu Jannah sudah lah dibuka,
Pintu Neraka ditutup lah pula.
Puasa haruslah menahan diri,
Dari menipu, dari memfitnah, dari mencaci.

Lailatulqadar jatuh pada satu,
Malam antara sepuluh Ramadan terakhir.
Ada keistimewaan, yang tidak akan berakhir,
Dan lebih baik dari seribu bulan.


Selamat menyambut Ramadhan.
Semoga Allah memberi rahmat kepada anda yang berpuasa! :D

Puisi di atas telah saya sempat merakam dengan lagu 'Lazy song-Bruno Mars'. Lagu ini untuk hiburan sahaja ya. Maaf ya, suara amat sumbang dan tidak menyenangkan. Saya bukan seorang penyanyi. :)



Salam mesra,
Dayana