Sunday, January 21, 2007

Skrip (1): ToLOnG...

Satu hari, seorang Mat Pizza (MP) kembali ke rumah pelanggannya, Cik Temah (CT) yang berumur untuk mencari kunci rumahnya yang hilang.

MP: Cik, Cik ada lihat kunci rumah saya tak? Semalam saya hantar pizza ke rumah Cik sahaja. Balik rumah, kunci saya tidak kelihatan.

CT: Iyakah nak? Hilang di mana?...

MP: Hilang di sini agaknya Cik. Cik boleh tolong tak?

CT: Hilang?... Macam mana boleh hilang?...

MP: Tercicir agaknya Cik. Kocek berlubanglah Cik.

CT: Lubang?..Kocek mane?..Seluar ke baju?...

MP: Lubang di kocek seluar agaknya,Cik. Cik nampak ke tidak kunci saya itu?

CT: Kocek sebelah mana?...Kiri ke kanan?...

MP: Adui... Mak Cik...Kiri ke kanan kan sama sahaja. Kunci saya DAH PUN tercicir...Cik nampak ke tidak? Adui...

CT: Cicir? Cicir di mana?...

MP: MAKCIK, saya minta tolong Cik untuk carikan kunci saya di sini...TERCICIR di sini, semalam agaknya... Boleh tolong ke tak ni?

CT: Tolong?... Kan Cik sedang tolong ni...

MP: Tolong apanya Cik??!? Tolong-menolong?

CT: Tolong...tolong TANYA....

MP: ADUI!!!!!!!!!

No comments: