Thursday, March 22, 2007

Untuk Sahabat-sahabatku..

Ini khas untuk semua rakan-rakan yang saya kenali...Y
Terima kasih teman atas masa mu
Aku amat menghargai kamu
Aku menyusun sepuluh jari meminta maaf dari mu
Atas kesilapan dan keburukkan lakuan ku
Lupakan sahaja bencana yang melanda ku
Peristiwa pahit yang ku kongsi bersama mu
Aku mengerti akan pengorbanan mu
Pastinya, kamu mempunyai masalah yang menyelimuti mu
Terima kasih teman atas nasihat mu
Tidak ku lupakan kata-kata emas mu itu
Kata-kata yang memberi dorangan pada ku
Ribuan terima kasih buat kamu
Istimewa untuk kawan-kawan akrib ku...Y
A malina,
M inah tudung terkini
A mat disegani ramai
L ain dari yang lain,iaitu seorang pendiam
I tulah Amalina
N amun kita berjauhan, hati kita semakin dekat
A ku berdoa kesejahteraan untuk mu
A qilah, seorang
Q ueen yang selalu maju
I mpiannya mampu dicapai
L eteran kau menjadi peransang bagiku
A mat aku menghargai persahabatan kami selama ini
H ari demi hari, kenangan manis bak derawa menjadi ingatan selalu
F arahin
A ku amat berterima kasih pada mu
R uwat aku selalu denagn rutin nakal mu
A ku senang dengan mu ketika berkongsi masalah

H atiku sebak melihat kau terluka dan sedih
I zzat akan kau terima bila kau selalu merendah hati
N gga (gila) Farahin, amalkan selalu!
H anisah
A ku amat rindu mu
N yinyir itu selalu kerja mu
I si hati ku terluah kepada mu, terima kasih kerana mendengar ku
S uka menyanyi, menjoget itulah kerjaya mu
A ku berdoa agar kau selalu bahagia di samping keluarga mu
H arapan ku, persahabatan kita tidak boleh berputus
I rma, bak
R ama-rama berwarna amalas berterbangan, indah itulah kamu
M enjadi teman ku selama ini amat aku muliakan
A ku berharap persahabatan kita berkekalan
I snani, hati yang mulia
S ebak di dada ku melihat kau menderita
N afsi bukanlah dirimu, kau selalu berkongsi
A ku berdoa agar kekuatan bersama mu dan jangan berputus asa
N ani, aku akan berada di sisi mu
I ni telinga ku akan menjadi teman mu bila kau memerlukan nya
J alilah
A llah akan bersamamu,aku juga begitu
L ama kita tidak berjumpa, rindu aku dibuatnya
I ndah persahabatan kita ini, aku hargai
L agu kita menjadi satu ingatan manis kerja bersamamu
A ku amat berterima kasih kepada mu, menjadi
H arapan ku berkawan dengan mu
R osdahliana
O rang yang
S angat
D isanjungi ku
A nggun, memberi
H arapan pada ku untuk terus maju
L ampau buruk, kau bertepis
I ndah peristiwa, kau menyambut
A ngan-angan menjadi doktor gigi
N un jauh akan tercapai jua
A ku selalu berdoa untuk kebaikan mu
Z uliani
U ntung dibuat kawan
L ampau peristiwa aku buat kenangan
I mpian untuk menolong mu masih dalam genggaman
A ku berterima kasih atas semua kenangan manis yang boleh disimpan,
semua kenangan pahit yang boleh dipelajari
N yinyir itulah kamu
I ngin ku katakan, semoga bahagia!
Pada teman-teman yang lain,
aku mengucapkan ribuan terima kasih,
semua teman ku amat aku hargai,
kenangan bersama mu semua dalam ingatan ku,
TERIMA KASIH WAHAI TEMAN.....

Friday, March 2, 2007

Skrip 2: Di dalam kelas Melayu

Seorang Cikgu baharu, Aliza yang mengantikan tempat Cikgu Nurul yang sedang cuti bersalin. Mari kita lihat bagaimana Cikgu Aliza ( CA ) dibuli oleh anak-anak murid Melayu di kelas itu.

CA: Salam sejahtera. Hari ini, Cikgu Nurul tidak dapat hadir kerana sedang bercuti bersalin. Saya adalah penganti Cikgu Nurul buat sementara ini. Saya, Cikgu Aliza.

Murid 1: Yeah!! Cikgu takda!! Yahoo!

Murid 2: Kita boleh main UNO!! Dan...

CA: Maaf! Cikgu tidak boleh benarkan impian kamu semua tercapai. Kerana saya ada tugasan untuk kamu semua. Sekarang, kembali ke tempat masing-masing dan ikut arahan saya. Boleh?

Murid 3: Boleh...Boleh BLAH!!

Semua murid mentertawakan Cikgu Aliza.

CA: Tidak mengapa. Cikgu tidak mahu marah kamu semua. Kamu sekarang sudah besar. Tahu mana yang baik dan salah.

Murid 4: Iyalah Cikgu.. Apa yang baik sekarang ialah untuk buat kerja kami sendiri...

Murid 1: Yelah Cikgu...Kami bosan tau buat homework, homework.. JELAK!!

Murid 5: Dan pastinya, kami tidak akan buat tugasan Cikgu!

Semua murid yang lain menyokong pendapat murid 5.

CA: Baik..SEKARANG ANGKAT KERUSI KAMU KE TEMPAT YANG ASAL!! SEKARANG!

Semua murid tidak peduli dengan kata Cikgu Aliza.

CA: Semua tidak faham apa yang saya katakan? You want me to speak in English? I said, Get back to your original place..NOW!! AND SHUT UP!!!

Murid 2: [ Black Eyes Peas. Shut Up ]
Shut up, just shut up shut up. Shut up, just shut up shut up. Shut up....

CA: AWAK!! Diam.. Kenapa awak nyanyi?

Murid 6: Cikgu, biarlah dia nyanyi...kan best!

Murid 3: Apa ar Cikgu ni..weak arh!

CA: Kamu fikir, saya bateri? Boleh weak?

Murid 5: Cikgu ni, banyak membebel argh...

Murid 7: [Ruffedge feat Amuk, Membebel ] Meleceh memberbebel menceceh memang leceh bingit sedih berpotpet, hentikan berpotpet..

CA: Hait? Nyanyi ehk kamu berdua...Bangun!!! Keluar sekarang...Saya cakap baik-baik..kamu semua tidak mahu dengar kan...Keluar sekarang...

Murid 7: Apa ni Cikgu? Sikit nak marah...Apa jek...Nyanyi pun salah...

CA: Abih...bila saya suruh senyap, kamu tidak mahu dengar...sekarang saya tidak mahu dengar alasan kamu...dan keluar...SE.KA.RANG....!

Murid 5: Cikgu ni kental lah...

CA: Kamu lihat lah sendiri...bahasa Melayu kamu tidak senonoh...Kental maknanya...benda yang keadaannya antara cair dengan keras atau beku...ataupun seperti jeli...kedua, karib untuk persahabatan...ketiga, kukuh.... jadi...macam mana pula saja kental??

Murid 2: Mampos....Cikgu ni...tidak faham bahasa sekarang argh...BORING!!!

CA: Cikgu faham...kamu mengatakan bahawa saya ni seperti nerd...tapi bahasa awak kalau ditulis dalam karangan tidak semestinya boleh diterima...

Murid 6: Membebel lagi....

CA: Sekarang...sesiapa yang menyanyi....tolong keluar....

Semua malas nak layan karenah Cikgu Aliza.

CA: Baik...I say...THOSE WHO SANG...KINDLY GET OUT FROM THIS ROOM....

Murid 4: [ Simple Plan, Shut Up ] Get out, get out, get out...Get out of my way...Step up, step up, step up...You'll never stop me...Nothing you say today..Is gonna bring me down...

CA: Yeah...yeah...GET OUT!!! NOW!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kendengaran Cikgu Aliza sedang terpekik....Dia tidak boleh tahan dengan perangai anak muridya itu.

Cikgu Rosman: Assalamualaikum Cikgu Aliza.. Kenapa ni? Dengar suara awak tadi pekik dari sini...Boleh dengar dari jauh sana tau...sambil menunjuk ke arah tandas lelaki.

CA: HA..HA..HA...Cikgu Rosman...saya sudah letih ni...Mereka tidak pedulikan saya....Mereka tidak mahu buat kerja sekolah...

Cikgu Rosman: Iyakah? Tanpa ku sedari, rupanya...

Murid 6: [ Lagu Raya ] Tanpaku sedari...air mataku mengalir...

CA: Tengok...da mulalah tu...

Cikgu Rosman: Ohh...ini kisah nya...haha...Cikgu Rosman mentertawakan Cikgu Aliza.

CA: Apa ni Cikgu? Saya ingatkan Cikgu hendak tolong saya?

Cikgu Rosman: Tolong ape, Cikgu? Tolong tengok....boleh...

CA: Cikgu ni...apa nak jadi dengan sekolah ni...macam sekolah muzik pula...Adoi...

Cikgu Rosman: Cikgu... [ Imran Ajmain, Sudah tu Sudah ] Sayang, yang sudah tu sudah..menangis tak berlagu...

Semua murid & Cikgu Rosman: LAGI!!!!

CA: AARGH!!!!!!! Rimas nyer!

Murid 4: [ Ruffedge, Lemas] Bukanku benci kepadamu, bukan ku benci oh watakmu...Percayalah kataku..aku

Cikgu Rosman: RIMAS..AKU LEMAS!!!

CA: Cikgu...Cukup lah Cikgu!!!!

Cikgu Rosman: Cikgu...hidup mahu fun lah...

CA: Kenapa Cikgu cakap style gitu...

Murid 6: Sebab...dia ahli kami....hahah

Semua murid mentertawakan Cikgu Aliza.

CA: HUH???

Cikgu Rosman: Sebenarnya..ini baju saya pinjam dari Cikgu Rosman betolnya orang...Saya ni...anak murid Cikgu Aliza...Saya tadi ada rehearse watak Cikgu Rosman di hall...untuk Teachers' Day concert bulan depan....

CA: APA!! Sudah...saya give up!!!

Semua murid: WE ARE FREEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Cikgu Aliza pun telah beredar dari kelas.

Sajak 4: Pengorbanan Ibu dan Ayah

Ibu
Kamulah segalanya bagiku
Kamulah ratu hatiku
Yang mencegaku sejak
Aku mengenali duniaku ini
Yang mencegahku dari kesalahanku
Yang mendidikku dengan penuh kasih sayangmu
Kamulah lambang cintaku

Janganlah degil, ikut perintah
Itulah kata-katamu Ayah
Kamu berkorban demi anakmu
Kamu bersusah payah demi anakmu
Kamu mencari nafkah yang halal
Semuanya untuk keselesaanku

Ayah
Kamu bagai semut bekerja keras
Kamu bagai lebah mencari madu
Kamu inginkan aku
Bagai rama-rama berterbang kebebasan
Tanpa kesusahan, tanpa kesukaran

Mengetepikan perkara yang nahi
Mengetepikan dunia bermukah
Mengetepikan dunia kebebasan
Pesanan Ibu dan Ayah sentiasa diingati
Tidak terlepas dari ingatanku

Menyingkirkan nafsi, peteras mahupun pertentengan
Membuka pintu hati bak tabuk yang ditembusi cahaya
Pabila pawaka, pawana kencang melanda
Ketakutan, kerisauan hadir di tubuhku
Pelukan Ibu dan Ayah mengubati kelukaan di hatiku
Gejala kasih suci Ibu dan Ayah yang ku lihat

Ibu
Ayah
Aku menghargai segala pengorbananmu
Akan ku balas jasamu yang indah itu
Janji manis ku pada mu

Ibu...
Ayah...