Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Tiba

Bila Ramadan sudah tiba,
Hatiku sungguh berdebar.
Menghadapi segala dugaan,
Yang ditentukan Tuhan.

Bulan Ramadan bulan yang ke Sembilan,
Dalam kalender Islam Al-Quran diturunkan.
Ini semua engkau tak ambil peduli,
Apa yang engkau pasti juga tahun ini.
Kita puasa sebulan lagi,
Fakta-fakta yang lain engkau tolak tepi.

Bulan Ramadan bulan barakah,
Adakah bilakah engkau ambil endah.
Lapar dan haus engkau ingat sahaja,
Dahagakan pahala engkau lupa.

Puasa amalan yang tinggi,
Mari dekatkan diri.
Pada Allah yang Esa,
Ia penghapus dosa.

Syaitan semua sudah kena serkup,
Kenapa manusia pula nak mengikut.
Perangai mereka sampai buka periuk,
Itu ialah puasa yok-yok.

Pintu Jannah sudah lah dibuka,
Pintu Neraka ditutup lah pula.
Puasa haruslah menahan diri,
Dari menipu, dari memfitnah, dari mencaci.

Lailatulqadar jatuh pada satu,
Malam antara sepuluh Ramadan terakhir.
Ada keistimewaan, yang tidak akan berakhir,
Dan lebih baik dari seribu bulan.


Selamat menyambut Ramadhan.
Semoga Allah memberi rahmat kepada anda yang berpuasa! :D

Puisi di atas telah saya sempat merakam dengan lagu 'Lazy song-Bruno Mars'. Lagu ini untuk hiburan sahaja ya. Maaf ya, suara amat sumbang dan tidak menyenangkan. Saya bukan seorang penyanyi. :)



Salam mesra,
Dayana

Sunday, July 10, 2011

Ingin membuat nafas baru
Dengarlah pesanan ku
Janganlah kamu terburu-buru
Kamu semua relek dulu

Salam mesra;
Dayana

Monday, October 19, 2009

Teman...
Wahai teman, aku terpedaya,
Dengan kata-kata mu yang indah.
Kini aku hanya berserah,
Sekiranya kita harus berpisah.

Wahai teman, aku terkilan,
Dengan kelakuan mu sekarang.
Kata-kata mu aku termakan,
Adakah kerna diriku kekurangan?

Wahai teman, berilah aku kesempatan,
Untuk membetulkan keadaan.
Adakah ini disebabkan pergaulan,
Antara aku dan teman-teman?

Wahai teman, tenunglah mataku ini,
Dan katakan kau tidak cintaku lagi.
Aku tidak ingin engkau bersimpati,
Kerana semua ini, aku telah lali.

-dayana-
Saya telah meluahkan sajak ini dalam segi lagu. =)



Monday, September 7, 2009

Bulan Ramadan telah tiba,
Perlu sahur, tak perlu sarapan.
Jangan lah kita terlalu hiba,
Selamat Berpuasa, saya ucapkan.
Cinta....

Hatiku sayu mengingatkan mu,
aku amat merindui mu.
Aku erti aku kehilangan mu,
tetapi aku masih ingin menunggu mu.

Mengapakah ku harus berasa begini,
aku cuba melupakan mu.
Hatiku ini masih mempercayai,
bahawa aku menyayangi mu.

Aku menjadi kesunyian tanpamu,
bila akan kamu kembali.
Hati ini tetap menunggumu,
walaupun kau aku benci sekali.

Maafkan aku sayang,
aku tidak dapat melupakan mu.
Kau masih ku sayang,
jangan lah kau hampa ku.

-Dayana-

Thursday, October 30, 2008

Akan kembali.....

Tuesday, June 17, 2008

Sukma Budaya (07/08), Yang tidak "menjadi"..

A: Haiz..sayang sekali lah Cikgu kita dah nak blah.

B: Kau ni, kenapa?

A: Hmm..ntahlah..

B: Ntah? Apa yang entah ni? Confuse pula aku.

A:
Buah ciku, buah duku
Biar aku, fikir dulu


B: Ewah.. berpantun dua kerat nampak..

A:
Cikgu Faizal, beli saham
Kau apa faham?


B: Lah, apa hal pula dengan Cikgu Faizal ni? Ouh, ko ngah sedih
ehk? Cikgu Faizal nak tinggalkan kita semua..

A:
Cikgu Siti pakai hitam
Kau boleh diam?


B: A’ah ehk. Cikgu Siti pun nak transfer tahun depan..

A:
Air tahu, air kelapa
Tahu tak apa


B: Mcm gerek ah berpantun dua kerat ni.. Hmm…
Siti Nurhaliza kahwin dngan Datuk K
Aku sekaki laa, k?


A:
Siti Nurhaliza joget Cha-cha
Kau merepek laa, jah!


B: Hmm.. jap ehk.. Ahh!!
Cikgu Naser makan thosey
Dua Cikgu baru ada lah sey


A:
Cikgu Mardiana makan banana
Lagi satu namanya Cikgu Erna


B: Kita berbual gini, Cikgu-cikgu tak marah ke?

A: Hahaha… ya lah tapi ini kan tiada kena mengena dengan hidup
mahupun mati atau yang sewaktu dengannya..


B: Kau berbual apa ah? Aku takda paham tau…

A: Haha.. kau tak paham? Aku lagi tak paham.. muahaha..

B:
Lidah tidak bertulang
Tak tahu jangan sembarang

A:
Cikgu Azizah hari ini lawa lah
Aku sayang semua cikgu lah


B:
Cikgu Faizal beli manggis
Kau jangan, nanti aku nangis


A:
Nari ramai penonton
Kau, nangis konon


B: Pantun kita dah semakin merepek lah

A: Ya lah.. ni semua salah kau ah..

B: Ewah-ewah..nenek sungguh lawa.. Kau yang mula kan.. kau
salahkan aku? Cantik muka kau? Memang cantik pun..

A: Gurau sahaja tu..Sekali sekala… Baiklah.. sekarang kita
berpantun yang sempurna sedikit..

B: Sedikit? Tak banyak ehk..
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokan

A: Aku ambil galah tu hentak kat kepala kau pun baik…

B: Apa pula? Betul kan apa aku berpantun..

A: Iya lah.. tapi siapa yang tidak tahu akan pantun itu?

B: Iya laa.. ehem..
Hari Raya saling memaafi

A:
Tidak lupa untuk kunjung mengunjungi

B:
Kasih sayang Cikgu kami ingati

A:
Tunjuk ajar Cikgu kami sanjungi

B:
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sam…KIT!!!

A: Ahh!! Padan muka.. Maafkan dia..
Enak sungguh kek lapis kaya


B:
Makan sekali dengan kuih suji

A:
Kami ucapkan Selamat Maju Jaya

B:
Kepada Cikgu Faizal dan Cikgu Siti

A:
Makan berger dengan kentang

B:
Di hari raya yang kelima

A:
Kami ucapkan selamat datang

B:
Kepada Cikgu Naser dan Cikgu Erna
______________________________________________

Tuesday, September 4, 2007

Khas utk Cikgu Faizal..

Cikgu
Kamulah pendidik kami sejak Menengah Satu
Harapan Cikgu kami lunaskan iaitu
Semoga berjaya dalam pelajaran selalu

Alhamdulilah
Dengan pembimbing seperti Cikgu lah
Kami menjadi seorang murid yg berguna
Hubungan kami semua yang dibina amat bermakna

Cikgu
Seandainya terputus hubungan Cikgu dengan kami
Janganlah Cikgu takuti
Kerana di sisi hati kami ini
Terserat nama Cikgu Faizal lagi

Cikgu
Ingin kami menyusun sepuluh jari
Meminta maaf segala dosa lalu kami
Semoga Cikgu sihat dan gembira teramat-amat
Itulah doa kami pada Cikgu terhormat
~Selamat Hari Guru~

Saturday, May 19, 2007

Tahukah Anda?

Tahukah anda...Islam mempunyai 4 Mazhab iaitu Shafie, Hanafi, Hanbali, Maliki.
Kebanyakkan orang Islam adalah Shafie. Kita boleh gunakan Mazhab Hanafi, Hanbali atau Maliki. Tapi, dengan syarat..JANGANLA KITA WAS-WAS PULA... kalau was-was..teruskan sahaja Mazhab Shafie..kalau tidak..habis ibadah kita jika was-was..